Wednesday, September 5, 2012

CADANGAN PROJEK PERSATUAN ANAK2 Hj RAZALI

Assalamualikum kpd semua warga JB Kome,
Cadangan membeli Rumah & Tanah di Jln Tras, Chamang, Bentong, Pahang utuk dijadikan harta atas nama Persatuan Anak2 Hj Razali. Tanah seluas 1.5 lot termasuk Rumah Bunglo kayu, pokok buah-buahan dan  reserved Sg Bentung. Tanah ini bolih dijadikan sebagai Resort Keluarga dan boleh disewakan kpd orang ramai setelah siap dinaik taraf dimasa akan datang.
contoh: lepas baikpulih

Cadangan membuka 200 lot saham yg bernilai RM1,000 satu lot kpd warga JB Kome bagi menampung harga rumah dan tanah yg berharga RM170,000.00 dan cost membaiki rumah RM30,000.00. Harga pasaran dianggarkan melebihi RM200,000.00. Setiap keluarga diharap dapat membeli sekurang-kurangnya satu lot saham. Harta ini hanya 1.5KM dari bandar Bentong dibelakang Pusat Futsal Bentong dan dijangka harga akan naik melambung dimasa akan datang.

Tujuan cadangan ini untuk memberi peluang kpd semua warga JB Kome dapat melabur dan mendapat keuntungan mengikut lot saham yang dipegang dimasa hadapan disamping merapatkan hubungan silaratulrahim antara kekeluargaan.

Semua pendapat dan cadangan sangat-sangat dialu2kan dari warga JB Kome.
Mesyuarat keluarga akan diadakan di Comel Resort pada 16/9/2012.
Semua dijemput hadir untuk berbincang dan mengambil keputusan muktamat.

Majulah Persatuan demi Keluarga.
Bersatu kita teguh!!!
Bercerai kita roboh...
Sekian. Wasalam.

Sumber : mudah.my