Friday, February 24, 2012


















NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954
ASAL: Temerloh, Pahang
KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA: Arshad Hassan
IBU: Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992

PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989

ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)

Al-Fatihah buat Arwah Sudirman, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat....., hari ini genap usia 20 thn, arwah meninggalkan kita semua, segala jasa dan kenangan yg ditinggalkan amat diratapi peminat beliau.

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W

















Rasullullah saw tumbuh dgn sifat-sifat yang paling sempurna, Dikelilingi selalu pemeliharaan Allah Maha Kuasa, Diliputi rahmatNya berlimpah-limpah.


Ia tumbuh dalam sehari, seperti bayi lain dalam sebulan, keluhuran peribadinya tampak sempurna, Sejak usianya yang amat muda, Menjadi saksi bahawa dialah penghulu keturunan Adam semuanya.


Bintang-bintang kemujuran selalu bersamanya, Demikian pula segenap benda di alam ini, Menampakkan kesetiaan dan kepatuhan padanya.


Tiap kali ia ” meniupi” penderita sakit, Niscaya Allah melimpahkan kesembuhan baginya, Tiap kali berdoa memohon hujan, Niscaya Allah selalu menurunkannya.


Demikianlah keadaanya sehari-hari, Sampai ia telah melewati masa mudanya, Dan mencapai usia dewasa, Saat itulah Allah mengkhususkannya, Dengan kemuliaan hanya baginya seorang


Dan turunlah Jibril a.s arRuhul Amin, Membawa khabar gembira dari Tuhannya Seru Sekalian Alam, Membacakan baginya ayat-ayat suci Al-Quran Al-Hakim, Demi memenuhi firmanNya :“ …Dan sesungguhnya kepadamu telah diberikan AlQuran dari hadirat Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui”


Adapun mula pertama diturunkan kepadanya, Diantara ayat-ayat suci padat berisi, Yang berasal dari hadirat Allah swt ialah:” Bacalah dengan nama Tuhanmu-lah yang paling mulia!
Yang mengajar dengan kalam;Mengajar manusia apa yang tiada ia tahu…”


Oh… betapa agungnya khabar gembira ini, Kurnia sempurna yang datang dari Allah, Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah, Lalu dikuatkan lagi dengan firmanNya :” Ar-Rahman, Tuhan Maha Pemurah, Mengajarkan AlQuran, Mencipta insan, Lalu diajarinya fasih perkataan…”


Dan tiada syak lagi, Tentulah dia saw, Insan yang dimaksudkan dengan pemberian ajaran itu, Dari hadrat Allah Maha Rahman dan Rahim.

Limpahkan Ya Allah, Semulia-mulia selawat dan salam, Atas junjungan dan Nabi kami Muhammad saw, Yang amat penyantun, amat penyayang.


Sumber : Maulid SimtudDurar karangan Imam Arif Billah Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsy