

Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.
Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.
Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.
Bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.
Dalam pada itu, dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.
Sumber: Ceritakini
