Monday, February 14, 2011















Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Saturday, February 12, 2011

Shisha 450 Kali Lebih Bahaya Dari Rokok!












“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”

Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Penyakit Bakal peminat shisha dapat
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!
>>>
DANGER!!! TAKE SHISHA U SASAU!!!

Friday, February 4, 2011

TARIAN PIRING PAHANG!!!!

Diperkenalkan dari Sumatera, khususnya dari daerah Rawa. Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung. Tarian ini mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai. Selain itu, tarian ini juga menekankan mimik muka. Selain itu terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai pakaian dan juga sebagai alat muzik di mana ianya berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada piring mengikut rentak gong.

TARIAN-TARIAN PAHANG!!!

Tarian Labi-Labi
Tarian ini dikatakan berasal dari Endau, Rompin dan kian berkembang. Tarian ini berasal dari peniruan gerak labi-labi yang memakan umpan seorang pengail. Tarian ini ditarikan sebagai hiburan untuk petani kerana tarian ini melucukan dan akan menghilangkan penat petani tersebut.

Tarian Lagu Anak Indung
Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual masyarakat Ulu Tembeling yang berhubung rapat dengan alam pertanian khususnya sawah padi dan padi huma.

Tarian Lesung Indik Beras Bertampi
Tarian ini berasal dari kawasan Ulu Cheka, Jerantut. Tarian ini berpandukan kepada pergerakan orang menanam dan menuai padi. Tarian ini berdasarkan penggunaan lesung yang dinamakan lesung indik.

Tarian Lilin
Asal usul Tarian Lilin adalah dari Sumatera. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta.

Pelanduk Dance
Tarian ini berasal daripada Bukit Bentung, Kuala Lipis. Tarian ini biasanya dipersembahkan untuk majlis-majlis tertentu.

Tarian Tempurung
Tarian tempurung ini berasal daripada Pulau Tawar Pahang. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja di majlis-majlis perkahwinan. Biasanya saiz tempurung yang digunakan adalah lebih kecil supaya mudah dibawa dan ia mempunyai nada apabila membuat ketukan. Bunga tari yang sedia ada tidak boleh diubah suai atau pun ditukar kerana ia akan mengubah pergerakan Tarian Tempurung ini. Pada awal dan akhir tarian penari akan membuka sembah.

Sumber: Kem Kebudayaan, Kesenian & Warisan.

Wednesday, February 2, 2011

HAPPY NEW YEAR - GONG XI FA CAI!!!





























Info pasal limau mandarin

Pokok sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih dan berbau wangi. Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma. Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit.

Khasiat Perubatan : Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.