Sunday, January 30, 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Jenis Penyakit
















Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Friday, January 28, 2011

PERADUAN TEKABOLA PIALA SUMBANGSIH 2011!!!


















SELANGOR lwn KELANTAN

TARIKH: 29 JAN 2011
MASA: 8:30MLM
TEMPAT: STADIUM BUKIT JALIL

Terbuke kepade warge JB Kome....
yg puteh gebu...
yg kuning langsat...
yg cokelat cipmore...
yg biru laut...
yg merah sage...
yg hijau pucuk pisang...
yg kelabu asap...
yg hitam manis...
yg hitam berkilat...
yg hitam legam...

Semua boleh meneka tapi sekali saje le kalu LEBIH skali tekaan dibatei. Tekaan dibuke sebelum pengadil meniup wisel mule weh...

MINUM BOLA....
MAKAN BOLA....
JOM TENGOK BOLA......

ADA SAPE-SAPE NOK SPONSER TIKET BOLA KE???
ALAMAK!!! KEK NYA SPONSER BELUM DAPAT LAGI DEME WEH!!!

Sunday, January 23, 2011

MAJLIS AQIQAH ADAMIA/BABY POKTAN


































Tempat: Taman Kolej, Bentong, Phg
>>>
ATURCARA MAJLIS
>>>
Khamis 3/2/2011
09.00 pagi Pasang Kemah/kerusi/meja
10.00 pagi Penyedian Kenduri/pinggan mangkok
05.00 ptg Aqiqah Kambing
08.00 mlm Masak utk kenduri esok
>>>
Jumaat 4/2/2011
09.00 pagi Sarapan pagi
10.00 pagi Majlis Marhaban
01.00 ptg Solat Jumaat
02.30 ptg Tahlil arwah
03.00 ptg Jamuan Makan
08.00 mlm Acara diumumkan kemudian.
>>>
Sabtu 5/2/2011
09.00 pagi Sarapan Pagi
10.00 pagi Buka Kemah
11.00 pagi Gotong Royong Kemas Resort.
12.00 Majlis Besurai.
>>>
Poktan sekeluarga menjemput semua warga JB Kome hadir ke Majlis Aqiqah bagi anak perempuan keduanya. Semuga dgn kehadiran deme majlis bertambah meriah.
Wasalam.


Friday, January 21, 2011

PENGANTIN TIBA!!!

Lalala.... 4x

Pengantin tiba....

Pengantin tiba....

Sunday, January 16, 2011

MAJLIS JEMPUT MENANTU JAI & MAMAT!!!














>>>
Kompang dipalu menyambut tiba,
Selawat pula tanda keshukuran,
Raja diarak ke teratap bonda,
Ramai menanti penuh debaran.














>>>
Anak raja memburu angsa,
Mudik kehulu sungai jelai,
Silat disembah pusaka bangsa,
Muga bahagia kedua mempelai.














>>>
Adat lama adat baru,
Adat melayu jangan dilupa,
Kek dipotong mohon restu,
Doakan kami bahagia sentiasa.














>>>
Jamuan santapan anak raja,
Dihidang olih anak petani,
Makan beradap bersama keluarga,
Jemputlah makan bersama kami.














>>>
Anak dara anakonda...
Sanak saudara sebelah bonda....














>>>
Ayam dara ayam belanda...
Saudara mara sebelah ayahanda....

Bagi pihak Mak Long sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua yg datang pada Majlis kawin Jai & Mamat dan juga Majlis Jemput Menantu. Semuga Allah jua dapat membalasnya. Amin!!!
Wasallam...

Thursday, January 13, 2011

Hentikan penjajahan minda & penghambaan kepada Facebook

Pada mulanya rasa agak aneh saya menulis pasal ini. Walau bagaimanapun saya mula merasa betapa pentingnya untuk menulis artikel sebegini rupa. Memang diakui saya ketagih facebook (fb) setiap hari, jam dan saat. Ia telah menjadi sindrom yang tidak sihat. Memberi kesan kepada gaya hidup seharian yang mana terpaksa bergantung kepada Facebook untuk apa jua status update. Apakah ini satu bentuk ’slave’ penghambaan dan penjajahan minda atau ‘mind control’ era baru ? Saya membaca banyak rencana dan social networking site spt Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan lain-lain telah memberi kerugian kepada produktiviti negara seluruh dunia yang bernilai berbillion ringgit.

Malah Ustaz Zaharuddin sendiri pun telah mengingatkan tentang sudut bahaya facebook jika disalahguna termasuklah membawa dosa kepada diri dan juga kepada orang lain. Ini memang rasa mcm dah jadi kebiasaan pada rakan-rakan kita letak photo yang x menepati syariat dan disebarkan kpd seluruh ummat di dunia. Sama-sama berdosa bila kita lihat, komen dan membenarkannya. Nauzubillah…

Block the sites the REAL way
Sekiranya anda sudah mampu untuk membebaskan diri daripada penghambaan kepada Facebook maka boleh block sepenuhnya dengan teknik Hosts di Windows seperti di bawah :

Click START and then select RUN. In that box type notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts. A neat little Notepad will appear with a bunch of computer jargon on it. Scroll down to the last line of that code and type 127.0.0.1 facebook.com. After that Facebook will never show up on your PC again. You can substitute the domain for any other domain that you do not want to view.

KESIMPULAN
Ketagihan Facebook jika tidak ditangani dengan baik akan membawa lebih byk mudarat daripada manfaat. Saya sudah lihat banyak kes perceraian dan pembunuhan berkaitan dengan Facebook. Ada lelaki yang mengaku single sedangkan dah berkahwin dan bila terkantoi dengan isteri mulalah rumahtangga goyang dan akhirnya bercerai. Manakala kes pembunuhan di luar negara dan pedophiles juga meningkat apabila anak-anak perempuan kita secara terbuka mendedahkan maklumat peribadi dan memudahkan orang lain mengambil kesempatan utk merogol dan membunuh. Ini satu bentuk ancaman yang merbahaya.
Wallahualambisawab.

Petikan dari Rahsiaebiz.com untuk tatapan kita semua

Tuesday, January 11, 2011


AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh.

Pn Hajjah Saemah bt Hj Idris sekeluarga

Dengan segala hormatnya mempersilakan
Tan Sri/Pn Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan
HADIR KE MAJLIS JEMPUT MENANTU (DUA DLM SATU)
(No 158, Jln Indah 3, Tmn Bukit Indah, BENTONG, PHG)
ATURCARA
Sabtu 15/1/2011
9.00 pg Gotong-royong memasak jamuan malam
8.30 mlm Majlis Tahlil/Kenduri Arwah
10.00 mlm Persembahan Live Band
>>>Majlis Menitik Inai Kedua Pasangan Pengantin.
>>>Persembahan Tarian Piring
>>>Karaoke bersama Live Band
12.00 mlm Majlis Tamat.

Ahad 16/1/2011 Majlis Persandingan
(Tema: Merah Cili/Hitam)
10.00 pg Majlis Marhaban
12.00 t/h Jamuan Makan Undangan
12.30 t/h Ketibaan Kedua Pasangan Pengantin.
>>>Paluan Kompang Menyambut Ketibaan Pengantin.
>>>Persembahan Seni Silat utk Raja Sehari.
1.00 ptg Majlis Persandingan Kedua Pasangan Pengantin.
2.00 ptg Majis Makan Beradap Kedua Pasangan Pengantin.
3.00 ptg Majlis Memotong Kek & Sesi Bergambar.
4.00 ptg Majlis Selesai.

Semuga dgn kehadiran Tan Sri/Pn Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan sekeluarga akan menyerikan lagi majlis serta diberkati Allah jua hendaknya.
Wasallam.

Friday, January 7, 2011

MOH MAKAN JANTUNG PISANG WEH!!!



Khasiat Jantung Pisang

Jantung pisang di dapati di kebanyakan kawasan Asia Tenggara. Jantung pisang mengandungi 1.2 protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi. Jantung pisang memberi tenaga dan membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang.




Khasiat buah manggis.

Buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksidan yang tinggi .Ia juga unik kerana mempunyai makanan tambahan bioaktif yang hebat iaitu “XANTON”.
Manggis bukan sahaja sedap dimakan, malah ia diguna untuk tujuan perubatan secara tradisional bagi menyelesaikan masalah seperti :-
1. Cirit-birit
2. Buasir
3. Ulser mulut
4 Sembelit , dan
5. Kulit bermasalah.
Xanton dari kulit manggis menunjukkan sifat anti-tumor yang boleh membantu masalah kesihatan seperti leukemia, barah hati, barah payudara, barah usus besar dan lain-lain .


Buah turunkan berat badan

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Monday, January 3, 2011

BANGUN2!!! MOH SEKOLOH WEH!!!





































Pekara-pekara kecil meliputi:
Menonton Televisyen
Baca buku cerita dan komik
Berbual kosong & telefon
Mendengar radio
Bermain Komputer
Bersiar-siar
Tidur pd waktu siang
dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa:
· kita ingat 10 % apayang dibaca
· kita ingat 20% apa yang didengar
· kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
· kita ingat 70% apa yang dicakapkan
· kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).